Monday, November 16, 2009

Dear 'Anonymous',

Anonymous has left a new comment on your post "Bulu Ketiak Rama-rama, Kelisha dan Aku":

takde la bro!!
Allah maha kaye! ayat ko nie mcm riak...
aku heran gak ko nak expose2 pasal nak kawin...
sume org ske...tapi kalu kawin lei cerai ini kan tunang..aku risau ayat ko nie makan diri...baik ko muhasabah diri...gaye2 ko mcm bangge diri...aku walaupon ko tak pnah knai..tapi aku terbukak blog ko...sebagai mausia islam aku nasihat ko..stop la nak xpose2 pasai kawin...org kawin gak tapi takde merate cite...even artis kawin pon tak de masuk2 blog ke pape ke..sbb ajal maut di tangan Tuhan... make sedo2kan diri kite hambe Allah....
k!!
(kalo ko approve comment nie mmg ko power n open...tapi kau tak atleast lepas tanggungjawab aku... wasalam...)


I was actually going to blog on something else, but this comment on Jo's previous blog made me changed my mind, and I decided to do a rebuttal (sorry dear, the debater in me had took charge) on it.

When I was reading that comment, as 'tajam' as it might be, I was actually laughing. Literally. Seperti "apakahhh??!" Mengapakah orang ini emo tibe-tibe? excuse me sir, do I know you? Based on your comment (aku walaupon ko tak pnah knai) I was under the impression that we dont know each other (to which my instinct choose to doubt), so then, how do you figure that Jo was being riak? Do you even know him? (oh I forgot, you don' t.) So how the heck did you come to the conclusion that he was being riak?. Can you actually point out to me to which statement that he was being riak to? Excuse me sir, but if you've had the privileged of knowing Jo, you would know that he is the most un-riak person anyone could ever encounter. Ok, I might be bias here, but seriously, you should have at least make the effort to know the person before you judged them. That, my dear anonymous reader, is the first reason why I laughed when I read your comment. Coz it seemed to me that you don't know what you're talking about, but you still want to talk anyway, thus you're talking rubbish. Pity you.


baik ko muhasabah diri...gaye2 ko mcm bangge diri...aku walaupon ko tak pnah knai..tapi aku terbukak blog ko...sebagai mausia islam aku nasihat ko..stop la nak xpose2 pasai kawin...

Yes, these next line made me wana laugh as well. Sir anonymous, sir, you actually have the gall to tell us to muhasabah diri? Diri sendiri tu dah tengok cermin ke? Dah bagus sangat ke? Sebagai 'mausia' (oh awak mausia ke? saya maNusia, bukan mausia macam awak. haha sempat jugak nak bahan typo :p) Islam nak nasihat kitorang yer? Unless you're an ustaz with very respectable manner, I would say go mend your manner before telling other people utk muhasabah diri. True, kami ni bukanlah alim pun, tapi kami takde kacau hidup orang pun? Kami tak suruh pun anda baca blog kami. Dan rase2nye sebagai manusia Islam, kita diunjurkan untuk bertegur secara baik. Bukannye menggunakan ayat2 yang 'baik' seperti ayat2 saudara nih. Oh i forgot, you're not manusia, you're mausia rite? oh that explains the very 'baik'2 ayat that you constructed. Sangat Islam anda ini yer. (oh yes, that was full of sarcasm. A lot of pun intended. Thanx for noticing. Hey, you're bright after all! good for you! oh, you also notice the sarcasm here? good job! wow, you're good!)

stop la nak xpose2 pasai kawin...org kawin gak tapi takde merate cite...even artis kawin pon tak de masuk2 blog ke pape ke..

ok moving on to the next line. Stop nak expose pasai kawin? aku heran gak ko nak expose2 pasal nak kawin...? Wahai pembaca anonymous yg budiman... Awak kata awak ni Islam? Awak tak tahu ke pasal perkahwinan tu memang perlu dihebah-hebahkan? Tujuannya supaya tidak menimbulkan fitnah nanti apabila dilihat berdua-duaan.. Tak tahu ke? Boleh tak saya pulak yg suggest utk awak muhasabah diri? Hello bro, sebelum construct ayat, fikir betul2 dulu.. Jangan menulis mengguna perasaan jer. you should use your supposedly 'brilliant' mind. Need I elaborate more?

tapi kalu kawin lei cerai ini kan tunang. Wahai pembaca anonymous yg dihormati (not!), memang kami akui, jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Itu memang tak boleh disangkal dan kami tak pernah ada niat pun nak menyangkal. Tapi kita sebagai manusia kene ada usaha jugak, x boleh completely berserah sahaja kepada takdir. Maka inilah yg sedang kami usahakan. Kami berusaha untuk mendirikan masjid, membina ikatan yg sah, menghalalkan yang haram dan kami menulis hanya untuk berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan yg turut bergembira dengan proses yg kami lalui. kasihan sungguh anda kerana 'ter'bukak blog kami. Ish ish ish... Kasihaannnn~~ perlu terapi ke lepas ni? fobia? ada mengalami insomnia kerana terbukak blog kami? Kasihann sungguh kamu yer.. xpe, jgn susah hati, pegi la bukak blog org lain dan menghambur di sana pula yer.. kerana kehadiran anda di sini disebabkan tidak berjemput, maka tidak perlu lah dihalau kot? Kalau menyampah baca blog kami, anda boleh pangkah sahaja pada ikon X di belah atas kanan browser anda tu. Nampak tak? Nak saya tunjuk dekat mana?

But I must say, the winner for today's joke would be the final sentence: (kalo ko approve comment nie mmg ko power n open...tapi kau tak atleast lepas tanggungjawab aku... wasalam...)

Hahaha.. I have to laugh golek2 on this one. Kitorang tak lock pun comment utk blog ni bro. Sebab hati kami ni ikhlas mahu berkongsi, dan sebenarnya blog kami adalah untuk rakan2 kami, yg mengenali kami, yg tahu it was never our intention to be riak, atau cuba melawan kuasa Tuhan (nauzubillah min zalik), atau ada any intention untuk membangga diri. Kami tahu kami hanyalah manusia biasa yg penuh kekhilafan, trust me when I said kami mmg selalu muhasabah diri dan saling memperingati sesama kami. I think org yg perlu bermuhasabah adalah diri anda wahai Encik Anonymous yg berlindung di sebalik ke'anonymous'an diri. Now, I urged you to read your sentences again and tell me do you think you're civilized enuff to tell us untuk muhasabah diri? Heck, you can't even produced a coherent sentence. and dont even get me started on your spellings. Come on bro, at this point, there is no amount of respect that I have for you, dan saya cadangkan cubalah anda membersihkan hati dari segala hasad dengki. From your words, it was clear anda ni seperti seorang yang tidak matured dan tidak mempunyai kawan2 yg supportive, sebab itu anda cuma melihat negativity dari dunia di sekeliling anda. Kasihan anda yer..

But anyway, thanx for making me laugh. I would say I'm sorry, but then I would be lying.

Please, if you don't like our blog, just stop reading.
Your comments are noted, and completely dismissed kerana ridiculously kelakar.
Hahaha.. I think I wana sambung gelak golek2 now.
Thanx for making my day.

Monday, November 9, 2009

Bulu Ketiak Rama-rama, Kelisha dan Aku

Semakin hari semakin dekat saatnya tiba. Satu bahagian dalam diri ini seronok dengan apa yang bakal tiba. Satu bahagian lagi takut dengan pengalaman baru. Satu bahagian lagi seperti tunggu dan lihat dengan apa yang bakal berlaku.

Itulah dia.

Kalau ada orang tanya "Dah ready ke kahwin?" aku rasa susah nak jawab soalan ni. Sebab kalau nak tunggu 100% sedia, fizikal dan mental, sosial dan ekonomi, tanggungjawab dan amanah, memang sampai bila-bila pon tak akan bersedia. Secara peribadi, aku rasakan kita tidak akan bersedia melainkan apabila kita dilengkapkan dengan pasangan kita seperti tubuh dengan kulit, fesyen dengan pakaian dan notebook dengan monitor.

Saling melengkapi.

Sebab itu aku berani ambil keputusan begini. Walaupon poket hanya ada bulu ketiak rama-rama ketika menghantar rombongan, walaupun hanya ada Kelisha berhabuk bertayar botak, walaupun serba-serbi yang aku ada hanyalah cukup-cukup, tapi aku "selamba go!". Aku yakin dengan apa yang aku buat berdasarkan pelbagai perkara yang berlaku kepada aku sejak aku dan Ratnadewi mula bercinta.

Ada bisik-bisik melabelkan aku dengan pelbagai nama. Mungkin betul, mungkin salah. Aku bergantung kepada "signal" di sekeliling aku untuk aku tahu sama ada apa yang aku buat itu betul atau tidak. Aku tidak ada mukjizat untuk bercakap secara langsung di bukit Tursina malahan terlalu hina untuk berada di dalam bilik seorang diri apabila wahyu turun. Satu-satunya kelebihan aku berbanding manusia lain di sekeliling aku adalah aku mampu mengeluarkan pusat aku (uwek! geli aa oi!). Yang lain aku tak mampu. Yang lain aku tak ada kecuali...

Bulu ketiak rama-rama di dalam poket,
Kelisha berhabuk dan bertayar botak.
(Ok 2 benda di atas ini sudah terlalu klasik dan tidak mampu membayar hutang PTPTN aku)

Tapi, alhamdulillah. Persediaan untuk kahwin membuatkan aku lebih dekat kepada Allah kerana pada ketika itulah dengan jelas aku dapat saksikan kekuasaan Yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Ya, jangan salah faham ayat ini dengan mengatakan aku nampak objek-objek ganjil di langit. Aku dah jarang melihat langit pada waktu malam sekarang ni sebab setiap malam ada saja kerja freelance yang perlu aku habiskan :P

Rezeki datang dari pelbagai arah yang tak disangka sepanjang persediaan untuk kahwin ni. Aku melihat situasi yang hampir sama juga berlaku ketika aku dan kawan-kawan Kapasitor sangkut dan buntu ketika persiapan untuk ke Venice. Tiba-tiba bantuan tu tiba dengan sangat-sangat tak terduga. Itu tidak dikira ketika aku mengimbau semula ke zaman aku belajar dulu ketika aku sudah hampir putus asa menyiapkan Projek Akhir Tahun yang mana aku melihat diri aku sendiri menyelesaikan masalah dalam mimpi.

Itu baru 3 peristiwa, belum lagi peristiwa-peristiwa lain yang aku tidak ingat, tidak tahu atau tidak perasan. Jadi, kepada rakan-rakan lelaki yang membaca catatan ini (aku tau ko baca blog niajohari ni tapi engkau sorok2), maka aku mahu kongsi dengan korang sedikit tips yang insya Allah boleh membantu:

1. Set tarikh.
Jangan berdolak dalih. Allah faham situasi hidup umat Islam di kala ini. Perkahwinan memang memerlukan duit yang banyak. Yang Allah mahu lihat adalah kesungguhan dan ke-serius-an kita dalam perkahwinan. Oleh itu, set satu tarikh yang logik, tepat dan berusahalah mengumpulkan duit atau apa saja yang korang perlukan menjelang perkahwinan korang. Jangan set tarikh seperti "tahun depan la aku kawin" atau "aku kawin hujung tahun ni" atau "dalam masa 6 bulan lagi aku kawin". Tak boleh sebab tarikh itu adalah tarikh yg kabur. Kena ada tarikh seperti "aku kahwin 14 Februari tahun depan" atau "2 minggu lepas raya tahun depan aku kawin".

2. Beli barang sikit-sikit
Lagi 3 bulan nak kahwin baru nak beli barang hantaran? Kalo ko anak Dato' atau Tan Sri atau mak bapak ko kaya atau ko gaji besar maka tak apa. Kalo ko setakat macam aku, gaji cukup-cukup makan.. kalo hantar kereta pergi servis bulan ni maka terpaksa ikat perut sbb tak boleh bear kos servis kereta.. maka ko jangan la shopping last-last minute. Start beli barang seawal 9-10 bulan sebelum kahwin. Sebab, lagi 2-3 bulan nak kawin ada banyak bende lagi nak kena bayar. so, start la berjimat yer.

3. Focus
Dah tau nak kawin tahun depan, simpan la duit. Jangan la habiskan duit meraban beli barang ntah apa-apa. Focus la. Lepas kahwin nanti ko beli la Wii ko tu. Dah selesai majlis kahwin ko nanti baru la ko beli kereta baru. Nikon keluar model kamera baru? Ya, beli la lepas kahwin nanti. Ni tidak, duit hantaran tak selesai, barang hantaran tak beli lagi, kursus kahwin pon tak selesai lagi bole pulak ko pegi bayar downpayment kereta baru.

4. Bertanya jika tak tahu.
Kalo ko dah pernah ada pengalaman sebelum ni tak pe lah. Ni tidak, dah tahu bahalul tak tau apa-apa pasal kahwin.. ngape tak mau bertanya. kalo malu nak tanya pada mak bapak, tanya la pada pak cik makcik. kalo segan jugak, kawan-kawan yang dah kahwin kan ramai. Kalo tak tau sirih junjung tu untuk apa, kalo tak tau serba satu atau serba berdiri tu apa.. tanya lah diorang. jangan buat self assumption.

5. Jangan Berhutang.
Perbanyakkan doa kepada Allah supaya Dia tolong kita dalam persediaan kita ni. Buat rough budget untuk majlis kedua-dua belah pihak. Kalo duit dlm poket tak cukup, bekerjalah korek untuk cari duit. Kalo perlu buat 3-4 freelance dalam sekali gus, maka buatlah dengan niat untuk memudahkan urusan kahwin dan beli peti sejuk, washing machine, tv dan set sofa baru untuk ko dan isteri ko lepas kahwin nanti. Tapi, kalo tak mampu.. focuslah pada apa yang terbaik untuk diri korang, bakal isteri dan kehidupan selepas kahwin.

Itulah apa yang aku buat menjelang perkahwinan aku. Kalo ada yang tak betul maka aku mohon maaf. Aku cuma menyampaikan aje. Nasihat aku adalah tolonglah orang-orang di sekeliling kita mulai dari sekarang. Insya Allah, bila sampai masanya nanti Allah akan tolong kita dari jalan yang kita tak pernah sangka. Kalo lelaki yang berambut megi macam aku boleh, kenapa ko yang bergaji besar tak boleh?

Hiks :P

(Sebenarnya aku agak jeles tengok asyik Nia aje yang update blog ni. Maka, aku curi-curi masa sket dan curi-curi tulis juga)

Lene's Wedding

Last weekend was Lene's wedding. and amidst the 'busy'ness that surrounds me, I somehow managed to pull away from the craziness and attend the wedding. Of course, I wouldn't miss it for the world! I mean, this is Lene that we're talking about. The cousin that I grew up with. The one with whom I shared so many similarities with (even our fave colour!). Well I guess being Virgos says it all ;)

Even though we've kinda drifted apart over the years, but I would never miss Lene's wedding. Not if I have any say in it. Walaupun sebenarnya the audit was coming to the office on that Friday and we're not supposed to take the day off, but I dont care. My cuti was already approved the week before, and I'm taking it! tak dulik! nak cuti jugak! saya mogok tak mo kerja pada hari pernikahan sepupu saya! tak mahu! tak mahu! (drama queen :p)

Me and mama arrived a bit early that Friday, and there was the decoration.. It was beautiful!! Need I say it was pink? (Therefore it looks super beautiful to me :D) and typical Acu, she wasn't there. There we were, sudah sampai, but no sign of the tuan rumah. huhu.. but that didn't bother us much of course bcoz we get to take pics with the decor! hehehe :D

Anyways, everything about Lene's wedding is beautiful to me. well, of course la, tengok la sape bride nye kan.. ;) I mean, with the hantarans, decors and all, it's so pretty! Like a dream wedding that pop-up from a magazine. Lurve it! Makes me tak sabar2 nak kawin jugak (at the same time being heck nervous!) huhu.. and being typical me, I almost cried when it was 'sah'. I dont know why, but thats what I do. I cry at weddings. huhu.. it's so beautiful~~!!

Congratss Lene!! I wish you all the happiness in the world. you deserve it! Love ya couz~~!!




Having said that, there is now 25 days left till I get married. AAaaaa~~!! talk about being nervous, and having changed my mind for like 23 times? I even questioned my choice of theme colour. and what shoes to wear, how to wear my tudung. Oh yes, I fret a lot! Can somebody slap me please? (ouh, but not in the face. I need to look pretty for the wedding. heh)

Wish me luck people~~!!




Nadia dibenarkan berkahwin dengan Johari. hiks

Saturday, October 31, 2009

Dah Gemuk?!

AaaaAAaaaaAAaaa~~!!!!

I dont know how did this happen, but it so happened that i think i'm getting fatter now! uwaaaa~!! And the big day is just around the corner. Jeez~ How can I let that happen?

N!! get back to your senses!! diet N diettt!!!

I dont care what you do, but you have to look good on your wedding. Period. No kompromi.

So.....


Do something about it!?!

Thursday, October 22, 2009

Yay dah boleh kawenn~~!!!!

Hehe.. I know that sounds a bit over the top, but yes, I was soooo relieved! By that I meant the documentations with Pejabat Agama and Tok Kadi has already settled. Tok Kadi pun dah booking. So insyaAllah on the 4th of December around 3.30 pm (waktu Malaysia) we will be wed. Alhamdulillah..

I was so worried that Tok Kadi dah fully booked during that weekend and macam2 la have gone thru my mind before this. I was even a bit scared to send invites, bcoz I was worried about the documentation. Me and the mister even got into a li'l bit of a fight bcoz of the matter, but luckily we sorted it out before things got worst. Alhamdulillah, now that it's behind us, we can focus on moving ahead instead. yippeeee~~!!

I was also a bit relieved since rezeki En. Johari semakin murah sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah.. I know he has always been worried about bertambahnye tanggungjawab lepas dah kawin, dan alhamdulillah syukur, Allah itu Maha Pemurah kerana telah memurahkan rezeki untuk beliau. Semoga beliau tidak terlalu risau selepas ini.

Having said that, I was feeling a bit kelakar bercampur kesian when he said this line to me yesterday: "nanti kalau awak gosip2, dosa awak saya yg tanggung..." erk. I was quite taken aback by that line. I guess I never thought of it that way. So I promised him I would try to lessen the gossiping part. tsk tsk.. Nampaknye terpakse la saya bubarkan GossipGirl lepas ni (eh?). huhu.. Sebagai seorang (bakal) isteri, saya akan cuba meringankan beban (bakal) suami saya. Yosshhhh~! Saya akan berusaha menjadi isteri yg baik. Saya akan cuba memasak selalu! (tsk) Saya akan balik awal dari pejabat kerana mahu menunggu (bakal) suami saya pulang! saya akan membantu (bakal) suami saya menguruskan kewangan beliau! *batuk* err.. dan yg sewaktu dengannya lah...

Ye, itulah ikrar saya.. Maka dengan ini, saya akan giat menjalankan kerja2 menghantar kad jemputan. Justeru itu wahai rakan2, sila lah beri alamat anda! Majulah sukan untuk negara! (hoh?). Doakan majlis kami berjalan lancar yer.. Saya dah sedikit gabra ni.. Jika ada tips2 mahu share, I'm open for sharing. Sharing is caring.

Sekian sahaja, terima kasih.




P/S: berdasarkan ucapan ini, layak tak saya menjadi Perdana Menteri? (hoh?) ok kidding. :p

Tuesday, October 13, 2009

Too little too late..

I don't know what I've been doing for the last couple of weeks. Yes, I came to work (at any time I want), and yes I fulfilled my duty (whatever it is that I am required to do). But still, I feel quite empty. As if I'm doing everything on autopilot. Just passing thru each day doing whatever I have to do on that day, without even thinking what I was doing. Main redah je kata orang.

Is it because i'm already on the "I wana get married!" mode? Is it because I no longer found fulfillment in my work (I sure hope not. coz I still got a long waaaay to go in this field). Hmm.. this whole having to do research thing is really dampening my spirit. it's like "can't I just teach?" coz I love teaching! i love having session with my students. but whenever I think of research, I feel like screaming at the top of my lungs and run the hell away from it~~

I dont know why.. Somehow I got a mind-block or sumthing. Sumthing that screams inside of my head each time I hafta think about research. I soooo hate being pressured into doing things that I dont like to do. I hate it! and somehow it's affecting my mood to work. Gosh, I really need to find sumthing that I'm passionate about. Something that I wana do research on. That's the thing. I don't know. I just don't know. I dont even know where to begin.

and that's when I decided that I wana focus on the wedding instead. Ada apa dgn research? Can i NoT care?

Tuesday, September 29, 2009

I need tipsss!!!

Oh yes, I'm officially freaking out. Well, not to the core of my very being, but enuff to get me agitated and start stalking my married frenz. Haha.. Of course the best advice I had so far was from Naza who said I should just have fun with the preparation and all (see, Naza is always the wise one..). This motion was of course seconded by Sheila.

Well, as if advice from those two were not enuff, I went stalking Aishah for that matter. haha.. in fact, I just have a 3-hour marriage-life talk with Aishah. (I could have sworn someone meddle with the clock! Has it really been 3 hours? Gosh, time flew so fast!). As of this moment, I still couldn't believe I'm listening for tips from Aishah on first night thingy. Heck, she was the 'Anugerah Pelajar Mithali' sekolah in 1999. I was the outgoing one. One would think it should be the other way around huh? (Aishah, no offense. I know you get what I mean. I love you!! hehe..) Oh my God, i think knowing more makes me freak out even more! AAAaaaa~~~ *freaking out!!* *running around screaming at the top of my lungs* (not literally of course :p)

I think the next person I should stalk is of course Elly. Elly was always the worldly, knowledgeable one. We can always rely on Elly. Always! Pelajar Cemerlang Sekolah! yossshhh!! Elly~~~~ saya mahu jumpa kamuuuu.. I need a one-on-one session on preparation and all. wuuu wuuuu~~

This makes me wonder on my other 'going-to-get-married' frenz. Hey Nabil, how are you doing? dah start freaking out? Sutiiiiiiii~~ tipss diet lagi plsss! (eh hello makcik, ko pun dah kurus la..) And my dearest cuzin Lene.. how are you doing? freak out tak? Oh my God, can't believe you're getting married before me! Langkah bendul! bak cincin satu! (eh? :p).. Hmm does this mean I can go stalk Lene after this? (after she's married of course). Wahhhhh my li'l cuzin is getting married. Can't believe you're old enuff to get married already! (this is me being perasan muda. tee hee hee)

Kepada cuzin2ku.. kak dira~~ kak inazz~~ tips tips!! saya mahu tanye pada kakak saya tapi saya malu. hiks. nak tanya para mak-mak juga malu (but then again kak dira pun dah tergolong dlm para mak-mak. kohkoh). Wani dan Lya, sila jgn gelakkan saya. Kalau tak, bile korang nak kawin nnt saya gelakkan korang pulak. Tengs. :p

What should I do!?!! what should I do?!?! Is there any urut2 thingy that I should splurge on? Any jamu I should eat? What?! What?! I need advice ppl!! HELP!!!!!